Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dimensity 9300 Mungkin Jadi Seteru Kuat Snapdragon 8 Gen 3

Dimensity 9400 Cipta Rekod Baharu, Pemproses Pertama Lepasi 3 Juta Skor Dalam AnTuTu

Diterbitkan September 30, 2024 · Dikemas kini September 30, 2024 oleh ariff bukhari

Belum pun dilancarkan lagi, tapi cip pemproses terbaru Dimensity 9400 telah mencipta rekod baharu dalam penanda aras AnTuTu.

Menerusi peranti vivo X200 Pro yang dipacu Dimensity 9400 baharu itu, ia telah berjaya memperoleh skor markah setinggi  3,007,853 mata.

Jika dibandingkan dengan skor terkini AnTuTu untuk Snapdragon 8 Gen 3 terpantas yang ada pada ketika ini, ia hanya memperoleh markah sebanyak 2,043,275 mata sahaja.

Ia secara keseluruhan bermakna Dimensity 9400 adalah 47 peratus lebih pantas daripada cip andalan Qualcomm baharu itu.

Dimensity 9400 Cipta Rekod Baharu, Pemproses Pertama Lepasi 3 Juta Skor Dalam AnTuTu

Pencapaian terbesar yang diberikan kepada skor AnTuTu untuk  Dimensity 9400 adalah dalam kategori GPU, di mana cip itu memperoleh sebanyak 1,322,761 mata atau 44 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Dimensity 9400 memang diketahui akan menampilkan GPU Immortalis-G925 MP12 terbaharu ARM, dan ia akan menjadi menarik untuk melihat bagaimana ia bersaing dengan pemproses grafik 6-teras yang dimiliki A18 Pro yang menguasakan iPhone 16 Pro dan Adreno 8 830 Snapdragon 8 Gen 4 yang akan dilancarkan nanti.

MediaTek dijangka akan melancarkan Dimensity 9400 dalam bulan Oktober ini yang dikatakan sebagai cip pertama syarikat itu yang dihasilkan secara besar-besaran pada proses 3nm generasi kedua TSMC.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Snapdragon 8 Elite Mungkin Nama Cip Baharu Untuk Telefon Andalan Android

Sumber: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY