Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Oppo Menjadi Syarikat Telekomunikasi Pertama  Di Dunia Yang Menghasilkan Panggilan Video 5G

Oppo Menjadi Syarikat Telekomunikasi Pertama Di Dunia Yang Menghasilkan Panggilan Video 5G

Diterbitkan Mei 18, 2018 · Dikemas kini Mei 18, 2018 oleh Haikel Areff

Oppo Electronics Corporation telah mendakwa bahawa mereka merupakan syarikat telekomunikasi di dunia yang telah berjaya menghasilkan panggilan video 5G. Demonstrasi panggilan itu telah dijalankan oleh OPPO Global Research Institute (Shenzhen) dengan menggunakan teknologi struktur cahaya 3D.

Oppo Menjadi Syarikat Telekomunikasi Pertama  Di Dunia Yang Menghasilkan Panggilan Video 5G

Dengan bantuan prototaip terminal 5G keluaran syarikat Qualcomm Technologies, panggilan video 5G yang didemonstrasikan oleh OPPO ini akan dapat menghasilkan imej potret 3D. Berdasarkan kejayaan demonstrasi ini, ia akan menjadikan tekonologi 5G sebagai salah satu fokus utama oleh industri dalam masa yang akan datang.

Peranti Oppo R11s telah digunapakai dalam menjalankan demonstarsi tersebut. Ia telah diubahsuai dengan menggunakan sebuah integrated structured light camera. Demo tersebut telah mengumpulkan warna dan informasi kedalaman 3D objek sasaran dengan menggunakan kamera tersebut serta fungsi RGB.

Maklumat ini kemudiannya akan dihantar melalui teknologi 5G sebelum imej 3D yang telah terhasil dipaparkan pada skrin paparan jarak jauh.

Oppo Menjadi Syarikat Telekomunikasi Pertama  Di Dunia Yang Menghasilkan Panggilan Video 5G

Tang Hai, Pengarah Kumpulan Penyelidikan Standardisasi di Institut Penyelidikan OPPO memberitahu media, mereka sudah terlibat dengan kajian dan pembangunan teknologi 5G ini selama lebih 3 tahun. Dan pada awal tahun ini, satu kerjasama telah dipersetujui dengan pihak Qualcomm bagi membangunkan teknologi ini.

Menurut kata Bai Jian yang bertindak sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Perkakasan pula, beliau sangat yakin bahawa Oppo akan berjaya menghasilkan sebuah peranti 5G dalam tempoh 6 bulan mendatang sekaligus menjadi syarikat telekomunikasi pertama di dunia melakukan sedemikian.

Oppo Menjadi Syarikat Telekomunikasi Pertama  Di Dunia Yang Menghasilkan Panggilan Video 5G

Sebelum ini, syarikat telekomunikasi Qatar iaitu Ooredoo telah menjadi yang pertama di dunia untuk memperkenalkan servis perhubungan 5G namun tidak menghasilkan sebarang peranti yang menyokong teknologi tersebut. Untuk pengetahuan anda, mereka menamakan teknologi tersebut sebagai ‘Ooredoo Supernet’.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY