OPPO Menang Anugerah "One to Watch" Pada TechRadar Mobile Choice Consumer Awards 2018

Baru-baru ini, satu majlis penganugerahan bagi industri telefon pintar telah dianjurkan oleh laman teknologi popular, TechRadar. "TechRadar Mobile Choice Consumer Awards 2018" diadakan di London pada 28 Oktober yang lalu, dan OPPO telah muncul sebagai pemenang bagi salah satu anugerah paling bernilai pada majlis itu.

"One to Watch Awards" atau sesuatu yang perlu diperhatikan telah dihadiahkan kepada syarikat China tersebut sekaligus menjadikan OPPO satu jenama yang perlu diikuti pada tahun hadapan.

Kapsyen: Kredit: OPPO


Anugerah ini tidaklah mengejutkan apabila melihatkan OPPO telah menjadi perintis bagi beberapa pembaharuan dalam industri pada tahun ini. Antaranya ialah mereka telah menjadi antara yang terawal hadir dengan telefon berkamera hadapan mekanikal 3D serta rekaan 'waterdrop' pada takuk peranti.

Dengan adanya penganugerahan sebegini, ia menjadikan setiap pengeluar telefon pintar lebih optimis dan konsisten dalam menghasilkan teknologi-teknologi baru dalam setiap produk mereka. Ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada pengguna dalam mendapatkan peranti terbaik yang sesuai dengan diri mereka masing-masing.

 

Sumber: OPPO Malaysia