Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Lancarkan ColorOS 6.0 Berlandaskan Android Pie Dengan Tema Terang

OPPO Lancarkan ColorOS 6.0 Berlandaskan Android Pie Dengan Tema Terang

Diterbitkan November 23, 2018 ยท Dikemas kini November 23, 2018 oleh Haikel Areff

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, OPPO telah melancarkan sistem antaramuka baharu ColorOS 6.0 berlandaskan Android 9 Pie dalam satu majlis yang diadakan di Shenzen, semalam(22 Nov). Majlis itu dianjurkan bersempena meraikan ulangtahun kelima antaramuka berkenaan.

OPPO Lancarkan ColorOS 6.0 Berlandaskan Android Pie Dengan Tema Terang

Sistem antaramuka ColorOS 6.0 ini direka khas bagi menyokong peranti dengan paparan penuh tanpa bingkai. Berbeza dengan ColorOS 5.2, antaramuka kali ini akan menggunakan tema terang dengan warna putih sebagai warna utamanya.

Antaramuka baharu ini dikatakan menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan pantas, serta hadir dengan pembelajaran mesin baharu. Ia juga akan menggunakan fon tulisan baharu, OPPO Sans pada keseluruhan sistemnya.

OPPO Lancarkan ColorOS 6.0 Berlandaskan Android Pie Dengan Tema Terang
Kredit: Yesky

Dengan penggunaan ColorOS baharu ini, OPPO mendakwa ia akan memberi penjimatan bateri sehingga 7% berbanding antaramuka sebelum ini.

Bagaimanapun, ColorOS 6.0 hanya akan mula dilancarkan secara rasmi pada tahun 2019. Senarai peranti yang akan menerima kemaskini antaramuka baharu ini juga masih belum diumumkan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY