Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO F9 Kini Rasmi Mendarat Di Malaysia – Pengecasan Pantas VOOC Dan Dijual Pada Harga RM1399

Oppo F9 Akan Hadir Dengan Pilihan Warna Baru Pada Bulan Ini

Diterbitkan Januari 3, 2019 oleh Haikel Areff

Oppo F9 telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Ogos yang lalu dengan dua pilihan warna Sunrise Red dan Twillight Blue. Sebulan selepas itu, warna Starry Purple pula mula ditawarkan.

Ketiga-tiga model berkenaan mendapat sambutan hangat bukan sahaja disebabkan oleh ciri dan fungsi menarik yang dimiliki, malah rupa paras menawan turut menjadi daya tarikan bagi pengguna untuk mendapatkannya.

Kini, Oppo Malaysia dilihat akan membawa masuk satu lagi pilihan warna baharu bagi model tersebut tidak lama lagi.

Warna baru ini didakwa berinspirasikan keindahan alam semula jadi serta tumbuh-tumbuhan yang menghijau.

Oppo F9 Akan Hadir Dengan Pilihan Warna Baru Pada Bulan Ini

Menurut imej yang dikirimkan di laman Facebook Oppo Malaysia, peranti tersebut mempunyai warna putih namun mungkin mempunyai warna cerun hijau dibahagian bawahnya.

Oppo F9 hadir dengan dwi-kamera utama 16MP+2MP, rekaan takuk kecil Waterdrop serta pengecasan pantas VOOC yang mampu membekalkan 2 jam tempoh berbual dengan hanya 5 minit pengecasan.

Bagaimanapun, nama pasaran dan tarikh mula penawaran variasi ini masih belum diketahui setakat ini.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, terus ikuti kami di Wiser.my atau laman sesawang rasmi Oppo Malaysia untuk perkembangan lanjut mengenainya nanti.

 

Sumber: Oppo Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY