Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maklumat Spesifikasi OPPO Reno Didedahkan, Sudah Tersenarai Di Laman SIRIM

Maklumat Spesifikasi OPPO Reno Didedahkan, Sudah Tersenarai Di Laman SIRIM

Diterbitkan Mac 13, 2019 ยท Dikemas kini Mac 13, 2019 oleh Haikel Areff

Seperti yang kita tahu, Oppo akan memperkenalkan sebuah lagi siri terbaru mereka, Reno pada 10 April.

Menjelang tarikh berkenaan, beberapa maklumat mengenai peranti pertama dibawah siri itu sudah mula kelihatan atas talian.

Terbaru, beberapa informasi berkaitan peranti dengan nombor model CPH1917 itu telah dikesan.

Screenshot 2019-03-13 at 2.23.13 PM
Bluetooth
Screenshot 2019-03-13 at 2.44.57 PM
SIRIM

Antaranya ialah berkenaan spesifikasinya. Menurut laman pensijilan Bluetooth, ia bakal dilengkapi dengan cip Snapdragon 710, skrin bersaiz 6.4-inci FHD+ serta sokongan dwi-kamera utama(48MP+5MP) dan kamera swafoto 16MP.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa sistem kamera utama peranti ini akan turut disokong satu lagi lensa tambahan, iaitu untuk 10x pengzooman optikalnya.

Selain itu, keluaran terkini Oppo itu juga telah dikesan tersenarai di laman SIRIM. Ia sekaligus menggambarkan bahawa peranti ini akan ke pasaran negara tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, tiada tarikh tepat mengenai pelancarannya di Malaysia telah diumumkan setakat ini.

 

Sumber: Gadgets360

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY