Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Oppo Melancarkan Pusat Penjualan Dan Perkhidmatan Terbaru Di IOI City Mall

Oppo Melancarkan Pusat Penjualan Dan Perkhidmatan Terbaru Di IOI City Mall

Diterbitkan Ogos 19, 2020 ยท Dikemas kini Ogos 19, 2020 oleh Amsyar Latif

Oppo yang merupakan jenama terkemuka dalam peranti pintar dunia melakar kejayaan di Malaysia dengan melancarkan pusat penjualan dan perkhidmatan yang baru di IOI City Mall, Putrajaya.

Dengan pembukaan ini, peminat Oppo dapat kemudahan untuk mengakses produk premium Oppo dan juga kaunter khidmat pelanggan.

Apa yang uniknya lagi adalah pelanggan dapat menikmati perkhidmatan pelanggan secara bersemuka dan servis peranti mereka.

Oppo akan meraikan pelancaraan pembukaan ini pada 22 Ogos 2020 dan menawarkan hadiah percuma serta promosi buat peminat Oppo. Pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah berjumlah RM 1,350 dengan menyertai beberapa permainan.

OPPO Sales and Service Center IOI City Mall

Selain itu, peminat Oppo juga berpeluang mendapat hadiah percuma bagi setiap pembelian peranti Oppo bermula 22 Ogos hingga 23 Ogos 2020.

Tambahan lagi, pelanggan berpeluang menyertai cabutan bertuah dan hadiah utamanya adalah 100% cashback bermula jam 1.30 pm hingga 3.30 pm. Pada masa yang sama juga, Oppo Reno 2 ditawarkan pada harga RM 1, 299 iaitu potongan sebanyak RM 700.

Banyak lagi tawaran menarik yang ada, pastikan anda tidak melepaskan peluang ini di pusat penjualan dan perkhidmatan Oppo yang terbaru di IOI City Mall, Putrajaya pada 22 Ogos 2020.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY