Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Oppo Malaysia Bakal Lancarkan Model R15 di Malaysia 24 Mei ini

Oppo Malaysia Bakal Lancarkan Model R15 di Malaysia 24 Mei ini

Diterbitkan Mei 15, 2018 · Dikemas kini Mei 15, 2018 oleh Haikel Areff

Pihak Oppo Malaysia pada minggu ini telah mengesahkan bahawa mereka akan mengadakan satu majlis pelancaran bagi model Oppo R15 Pro pada 24 Mei akan datang. Ia disahkan apabila pihak Oppo Malaysia telah menghantar jemputan khas ke majlis tersebut buat rakan-rakan media mereka.

Peranti Oppo yang terkenal dengan keupayaan kameranya yang mengagumkan sebelum ini telah hadir dengan model Oppo F7 dan ia mendapat sambutan yang amat memberansangkan di peringkat global. Dan apa yang menarik bagi Oppo R15 ini, ia merupakan peranti kedua selepas siri R11 yang menggunakan dwi-kamera utama.

Oppo Malaysia Bakal Lancarkan Model R15 di Malaysia 24 Mei ini

Kredit: GSMArena

Model Oppo R15 ini akan mempunyai dua pilihan edisi iaitu edisi biasa (Standard Edition) serta edisi premium (Dream Mirror Edition). Dream Mirror akan mempunyai reka bentuk yang lebih anggun berbanding versi biasa.

Terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua peranti ini antaranya ialah dari segi cip pemprosesan. Oppo R15 menggunakan cip MediaTek Helio P60 dan Qualcomm Snapdragon 660 pula akan digunakan pada model Dream Mirror. Selain itu, kamera utama Dream Mirror akan menggabungkan lensa 16MP+20MP, manakala versi Standard pula menggunapakai lensa 16MP+5MP. Namun agak mengejutkan apabila bateri versi Standard berkapasiti 3450 mAh sambil Dream Mirror cuma mempunyai bateri berkapasiti 3400 mAh.

Oppo Malaysia Bakal Lancarkan Model R15 di Malaysia 24 Mei ini

Di samping itu, R15 dab R15 Dream Mirror Edition ini akan beroperasi menggunakan sistem ColorOS 5.0 berdasarkan Android 8.1 Oreo dan disokong oleh memori 6GB RAM  serta 128GB ROM yang boleh dipertingkatkan sehingga 256GB melalui penggunaan kad mikroSD. Tambahan pula, kedua-dua peranti ini akan hadir dengan kamera hadapan 20MP(f/2.0) selain ciri-ciri sokongan lain seperti pengesan cap jari, pengecasan pantas VOOC serta AI Smart Beauty.

Tiada maklumat berkenaan harga pasaran yang bakal ditawarkan dan ia cuma akan diketahui pada majlis pelancaran itu nanti. Peranti ini juga akan hadir dengan variasi warna Merah, Putih dan Ungu bagi R15 dan Merah serta Hitam Seramik bagi model R15 Dream Mirror Edition.

 

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY