Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Akan Perlihatkan Telefon Boleh Luncur Semasa INNO Day Esok

OPPO Akan Perlihatkan Telefon Boleh Luncur Semasa INNO Day Esok

Diterbitkan November 16, 2020 oleh Amsyar Latif

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum OPPO adakan acara INNO Day yang akan berlangsung esok. Mereka akan perkenalkan 3 konsep produk baharu.

Terkini, OPPO telah mengacah gambar yang memperlihatkan telefon boleh meluncur. Sudah pasti mereka akan umum telefon ini esok.

OPPO Akan Perlihatkan Telefon Boleh Luncur Semasa INNO Day Esok

Selain itu, mereka juga akan mengumumkan kamera swafoto yang terbina dalam paparan.

Melihat pada konsep telefon ini, ia mirip dengan telefon boleh gulung daripada LG yang baru sahaja dipatenkan baru-baru ini.

Namun, hanya mempunyai sedikit perbezaan dimana LG hadir dengan paparan boleh gulung di bahagian sisi telefon manakala OPPO pula diluncurkan ke atas.

OPPO Akan Perlihatkan Telefon Boleh Luncur Semasa INNO Day Esok

Pada masa yang sama, OPPO juga mungkin akan umum telefon Reno dengan kamera 15x zum hybrid serta kamera pop-up berbentuk bulat.

Sebelum ini, mereka telah menggunakan zum hybrid 5x pada Reno4 Pro dan ia mungkin akan hadir pada siri Reno akan datang.

OPPO Akan Perlihatkan Telefon Boleh Luncur Semasa INNO Day Esok

Walau bagaimanapun, kesemua produk yang akan diperlihatkan ini hanyalah konsep yang dibawa OPPO. Belum ada lagi tanda-tanda bila ia akan hadir buat pasaran.

Sama-sama kita nantikan teknologi yang bakal diperkenalkan OPPO. Acara ini akan berlangsung esok, 17 November jam 4 petang. Anda boleh menontonnya menerusi YouTube OPPO.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
©2026 WISER.MY