Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

OPPO Memperkenalkan Reno4 Pro Galactic Blue, Kolaborasi Dengan Jenama Fesyen Tempatan

Posted on September 12, 2020

Hari ini OPPO telah melancarkan warna baharu dalam peranti terbaru mereka iaitu OPPO Reno4 Pro. Warna baharu ini dipanggil Galactic Blue dimana warna ini istimewa kerana ia menggabungkan dua jenama fashion tempatan yang terkenal, Christy Ng dan Pestle & Mortar Clothing.

Selain itu, Pestle & Mortar Clothing mengeluarkan baju yang bertemakan OPPO Reno4 Pro Galactic Blue. Pada masa yang sama juga, mereka juga membuat rekaan terhadap kotak pembungkusan edisi terhad bagi peranti Reno4 Pro tersebut.

Tambahan lagi, pereka kasut terkenal Christy Ng juga telah membuat beg sling mikro dengan warna baby blue dengan sentuhan kelabu, yang nampaknya sesuai dengan warna Reno4 Pro Galactic Blue Edition.

Peranti edisi khas ini hanya dikeluarkan sebanyak 300 unit dan ia boleh didapati dengan membuat pra-tempah yang berharga RM 2,399. Pra-tempah ini akan berlangsung mulai hari ini sehingga 25 September melalui kedai dalam talian OPPO Malaysia serta Lazada dan Shopee.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress