OPPO Patenkan Peranti Pintar Boleh Lipat

OPPO merupakan jenama peranti pintar terbaru yang mempatenkan peranti dengan rekaan boleh dilipat. Sebelum ini, Samsung dan Motorola sudah melancarkan beberapa model peranti jenis tersebut.



Menurut Letsgodigital, OPPO memfailkan paten peranti itu dengan WIPO (World Intellectual Property Organization). Paten tersebut sudah mendapat kelulusan pada minggu lepas dan ia memfokuskan mekanisme engsel yang boleh dilipat.



Beberapa gambar terdapat dalam dokumen tersebut termasuk peranti pintar yang boleh dilipat ke dalam dimana ia membuatkan paparan bagi peranti tersebut kurang rapuh.

Tidak seperti Samsung, OPPO akan menggunakan mekanisma yang tidak kompleks pada engselnya sepertimana pada Samsung Z Fold 2.



Disebabkan paten ini hanya mengenai peranti boleh dilipat, OPPO tidak memberikan sebarang spesifikasi lain serta belum pasti akan kehadiran skrin luar seperti Samsung Z fold 2 atau Motorola Razr.

Seperti peranti daripada jenama lain yang boleh dilipat, terdapat jurang di antara paparan skrin apabila ia dilipat pada peranti OPPO ini. Sementara itu, Samsung Z Fold 2 mempunyai jurang paling kecil, iaitu 1.4mm. OPPO juga ingin menggunakan teknologi paparan daripada syarikat BOE China dan bukan daripada Samsung.

Sumber: Letsgodigital