OPPO Mengumumkan ColorOS 12, Ini Ciri Baharu Dan Peranti Menyokongnya

OPPO baru sahaja mengumumkan ColorOS 12 yang mana berasaskan Android 12. Kali ini, ia menerima antara muka yang dikemaskini serta beberapa fungsi baharu.

ColorOS 12 mempunyai rekaan antara muka baharu yang mereka panggil 'borderless design'. Rekaan ini juga lebih sesuai untuk digunakan pada peranti OPPO yang lain seperti TV, tablet dan banyak lagi.



Selain itu, fungsi FlexDrop juga memberikan lebih banyak penggunaan dan Smart Sidebar 2.0 turut ditambahbaik.



Seperti yang dinyatakan, ColorOS 12 ini lebih mudah untuk digunakan pada mana-mana peranti OPPO kelak. Oleh itu, mereka memperkenalkan juga ciri Cross-Screen Interconnection.

Fungsi ini adalah mirip yang digunakan Huawei dimana membenarkan perkongsian fail dan sebagainya antara telefon pintar dan komputer.



Sejak Apple hadir dengan Animoji, banyak pengeluar Android mengikutinya. Jika Samsung ada AR emoji, Xiaomi Mimoji, OPPO mempunyai Omoji.

Antara lainnya adalah fungsi privasi seperti dilihat di Android 12, Car+ ibarat Apple CarPlay dan Google Assistant Driving Mode dan animasi serta prestasi lebih baik.



OPPO menyatakan ColorOS terbaru ini didatangkan dengan AI Self-Smooth Engine 2.0 yang mana penggunaan memori dikurangkan kepada 30% serta jangka hayat bateri ditingkatkan 12%.

ColorOS 12 menyokong sehingga 50 peranti OPPO dan OnePlus di China dan seperti biasa, ia dilepaskan kepada pengguna secara berperingkat.

Oleh itu, ini adalah senarai penuh telefon yang menyokong ColorOS 12:

Oktober 2021

  • OPPO Find X3 Pro Mars Exploration Edition

  • OPPO Find X3 Pro

  • OPPO Find X3

  • OnePlus 9 Pro

  • OnePlus 9


November 2021

  • OPPO Find X2 Pro Automobili Lamborghini Edition

  • OPPO Find X2 Pro

  • OPPO Find X2 League of Legends S10 Limited Edition

  • OPPO Find X2

  • OPPO Reno6 Pro+ 5G Detective Conan Limited Edition

  • OPPO Reno6 Pro+ 5G

  • OPPO Reno6 Pro 5G

  • OPPO Reno6 5G


Disember 2021

  • OPPO Ace2 EVA Limited Edition

  • OPPO Ace2

  • OPPO Reno5 Pro+ 5G Artist Limited Edition

  • OPPO Reno5 Pro+ 5G

  • OPPO Reno5 Pro 5G

  • OPPO Reno5 5G

  • OPPO Reno5 K 5G

  • OPPO K9 5G

  • OPPO A95 5G

  • OPPO A93 5G


Bermula suku pertama tahun 2022

  • OnePlus 9R

  • OnePlus 8T

  • OnePlus 8 Pro

  • OnePlus 8

  • OnePlus 7T Pro

  • OnePlus 7T

  • OnePlus 7 Pro

  • OnePlus 7

  • OPPO Reno4 Pro 5G Summer Limited Edition

  • OPPO Reno4 Pro 5G Artist Limited Edition

  • OPPO Reno4 5G

  • OPPO Reno3 Pro 5G Classic Blue Limited Edition

  • OPPO Reno3 Pro 5G

  • OPPO Reno3 Vitality Edition

  • OPPO Reno3 5G

  • OPPO Reno Ace Gundam Limited Edition

  • OPPO Reno Ace

  • OPPO Reno FC Barcelona Edition

  • OPPO Reno 10x Zoom

  • OPPO K9 Pro 5G

  • OPPO K7

  • OPPO K7x

  • OPPO A93s 5G

  • OPPO A92s 5G

  • OPPO A72 5G

  • OPPO A55 5G

  • OPPO A53 5G


Sumber: gizmochina

Baca juga: