Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Hyper Legend Cup Final_KV

OPPO Hyper Legend Cup: Malaysia Tuan Rumah Final MLBB Kampus, Rebut Ganjaran USD100,000

Diterbitkan April 17, 2026 oleh Amsyar Latif

Bermula 16 hingga 19 April 2026, juara kebangsaan dari empat buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, dan Singapura akan berhimpun di 1 Utama untuk merebut gelaran juara serantau.

Malaysia mempertaruhkan dua pasukan hebat iaitu KPTM x Velocity (Juara Hyper Legend Cup Malaysia) dan UiTM x Velocity (Juara Moonton Student Leaders) untuk mempertahankan maruah negara di laman sendiri.

Antara pencabar sengit yang perlu diperhatikan termasuklah wakil Filipina, NU Bulldogs, yang dikenali sebagai dinasti kolej di sana, serta wakil Indonesia, Little Pikaa, yang berjaya menumpaskan lebih 470 pasukan dalam pusingan kelayakan.

Sepanjang kejohanan ini, peranti siri OPPO Reno15 digunakan sebagai peranti rasmi. Dengan sokongan paparan 120FPS, bateri 6,500mAh, dan sistem penyejukan VC, peranti ini memastikan prestasi permainan yang stabil untuk para atlet pelajar.

Selain menyaksikan perlawanan sengit, peminat yang hadir juga berpeluang bertemu dengan legenda MLBB tanah air, Soloz dan Feekz. Terdapat juga pelbagai zon interaktif untuk mencuba teknologi terbaharu OPPO serta peluang memenangi cenderahati eksklusif seperti kekulit (skin) MLBB dan baju-T. Bagi anda yang bercadang membeli telefon pintar OPPO sepanjang acara ini, terdapat pelbagai hadiah percuma menarik menanti anda.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Pengguna OPPO Kelak Boleh Kongsi Fail Dengan iPhone Lebih Mudah
  • OPPO Sahkan Tarikh Pelancaran Global Find X9 Ultra

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY