OPPO Gandakan Usaha Untuk Membangunkan Cip Pemproses Tersendiri

Penawaran telefon pintar OPPO dipasaran mudah alih kesemuanya dikuasakan cip pemproses sama ada dari Qualcomm mahupun MediaTek. Tetapi pada masa hadapan, besar kemungkinan kita akan melihat peranti jenama ini akan dikuasakan oleh cip mereka yang tersendiri.

Pertama kali kita mendengar mengenai perancangan OPPO membangunkan cip pemprosesan adalah sekitar November tahun lalu, dimana nama OPPO M1 telah difailkan pada EUIPO.

Perkembangan terkini, syarikat pengeluar kelima terbesar didunia itu nampaknya semakin rancak dengan melantik beberapa jurutera dari MediaTek serta UNISOC. Salah seorang daripadanya adalah Jeffery Lu yang merupakan Ketua Pegawai Operasi MediaTek.

Selain daripada dua syarikat pembuat cip tersebut, dikatakan juga OPPO ada mendekati kakitangan daripada Qualcomm serta HiSilicon. Pembangunan cip pemproses memerlukan tenaga dan menelan kos yang tinggi, namun dengan pengambilan pakar-pakar sedia ada ia mungkin dapat diatasi.

Tambahan lagi OPPO boleh menguatkan lagi pembekalan untuk peranti disamping tidak terlalu bergantung kepada pembuat cip yang lain.

Sumber: Nikkei Asian Review