Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo find X2

OPPO Find X2 Bakal Tampil Dengan SuperVOOC 65W Dan Paparan 120Hz

Diterbitkan Februari 13, 2020 oleh Syifa' Syakinah

OPPO Find X2 adalah kesinambungan daripada telefon pintar OPPO Find X. Ia dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 865. Telefon pintar ini juga telah menerima pengesahan rangkaian 5G di Malaysia dan akan ditawarkan pada pasaran tempatan dalam masa terdekat.

Kadar segar didatangkan dengan 120Hz dan resolusi QHD+. Sistem pengecasan pantas yang digunakan adalah SuperVOOC 65W. Masa pengecasan hanya mengambil masa 35 minit sahaja.

OPPO akan menggunakan teknologi lain daripada yang lain pada peranti mereka. Yang pertama adalah lensa kamera, Oppo akan menggunakan lensa dari Sony. Lensa ini menggunakan teknologi 2×2 On-Chip Lens Solution. Teknologi ini akan membantu auto-fokus menjadi lebih baik dan pantas.

oppo find X2

Seperti yang sedia maklum, OPPO Find X2 akan dilancarkan pada acara MWC 2020 akan tetapi baru-baru ini pihak GSMA telah rasmi mengumumkan tentang pembatalan acara itu rentetan wabak koronavirus (Covid- 19).

Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang dapat diketahui. Berkemungkinan juga OPPO Find X2 akan dilancarkan pada Mac ini. Sama-sama kita nantikan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY