Acara MWC 2020 Sah Dibatalkan

Peminat tegar telefon pintar dan teknologi terpaksa tunggu MWC 2021.


Mobile World Congress (MWC) 2020 telah sah dibatalkan. Pembatalan persidangan telefon pintar terbesar di dunia itu dibuat menerusi satu kenyataan media oleh CEO GSMA Limited, John Hoffman hari ini.

Keputusan membatalkan persidangan MWC 2020 yang sepatutnya berlangsung dari 24 hingga 27 Februari di Barcelona itu terpaksa dibuat, berikutan kebimbangan penganjur terhadap penularan wabak Coronavirus (Covid-19).

"With due regard to the safe and healthy environment in Barcelona and the host country today, the GSMA has cancelled MWC Barcelona 2020 because the global concern regarding the coronavirus outbreak, travel concern and other circumstances, make it impossible for the GSMA to hold the event."

"The Host City Parties respect and understand this decision." John Hoffman, CEO GSMA Limited.

Sebelum ini telah dilaporkan beberapa syarikat utama teknologi dunia telah menarik diri daripada menyertai acara tersebut seperti Inte, LG, MediaTek, Sony, Vivo dan banyak lagi.

Dengan pembatalan MWC 2020, ini bermakna para peminat teknologi khususnya peminat tegar telefon pintar di seluruh dunia terpaksalah menunggu MWC 2021 tahun hadapan.