Bagaimanapun, satu pendedahan telah dikenalpasti melalui penyenaraian model tersebut di dalam laman sesawang pensijilan TENAA baru-baru ini. Maklumat tersebut telah dipadam namun spesifikasi berkenaan peranti itu sudah pun tersebar luas melalui internet.
Penyenaraian tersebut telah memaklumkan bahawa peranti itu akan dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845 dan kamera utama dwi-lensa, sesuatu yang agak jarang digunakan pada peranti-peranti keluaran Oppo sebelum ini.
Kamera utama Oppo Find X ini akan menggabungkan lensa 20MP dan 16 MP sementara bagi kamera hadapan pula, ia akan menggunakan lensa 25MP. Ini bermakna, peranti ini mempunyai kamera hadapan yang lebih baik berbanding model Oppo R15 Pro yang menggunakan lensa 20MP.
Kredit : Weibo
Peranti ini akan menggunakan skrin 6.4 inci AMOLED, namun tidak ada sebarang maklumat berkenaan rekaan takuk pada paparan hadapannya setakat ini. Terdapat juga laporan lain yang menyatakan Oppo Find X ini akan menggunakan paparan dwi-lengkung yang direka oleh Samsung.
Bateri peranti ini pula dilaporkan mempunyai kapasiti sebesar 3,645 mAh. Akan tetapi, segala maklumat rasmi berkenaan spesifikasi penuh peranti ini dipercayai akan hanya didapati pada majlis pelancaran Oppo Find X di Paris tidak lama lagi. Anda boleh ikuti laman Facebook Oppo Malaysia untuk perkembangan terkini.
Sumber
Berkaitan
- Imej Sebenar Samsung Galaxy S10e Tertiris, Tampil Dengan Rekaan Paparan Tebuk Yang Agak Besar
- Permainan Video Power Rangers Akan Hadir Ke Semua Konsol Utama April Ini
- Asus Zenfone Max M2 Bakal Dijual Dengan Harga RM100 Lebih Murah Pada 15 Januari Ini
- Apple Mungkin Memperkenalkan 3 Model Baru iPad Pro Pada Tahun Depan
- Facebook Group Mungkin Akan Mengenakan Cas Bulanan Kepada Ahlinya Tidak Lama Lagi
- Amazfit X Dengan Skrin HD Melengkung Hadir Pada Tahun 2020
- Permainan Klasik Contra Kembali, Kali Ini Ke Peranti Mudah Alih
- Google Keluarkan Senarai 10 Peranti Android Terbaru Yang Menyokong ARCore
- Asus Zenfone 5z Disenaraikan Pada Harga RM 8,070 Bagi Pasaran Amerika Syarikat
- Fungsi Isyarat Tangan Untuk Melangkau Video Pada Aplikasi Android Youtube Sedang Diuji