Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO F7 Hadir Ke Malaysia Pada 19 April Ini

OPPO F7 Hadir Ke Malaysia Pada 19 April Ini

Diterbitkan April 11, 2018 · Dikemas kini April 11, 2018 oleh Haikel Areff

Pada 10 April yang lalu, Syarikat OPPO telah mengumumkan tentang peranti baru mereka yang akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi, iaitu OPPO F7. Terkenal dengan peranti yang mengutamakan kualiti gambar terutamanya gambar swafoto, peranti ini juga dijangka akan dapat menarik minat penggemar swafoto di negara ini.

oppo f7

Dalam kiriman kami sebelum ini, OPPO Malaysia telah membuat satu kenyataan bahawa peranti F7 mereka akan hadir ke Malaysia pada bulan April, namun ketika itu belum ada tarikh rasmi yang dikeluarkan. Dengan majlis perasmian OPPO F7 yang dijadualkan 19 April ini, maka dengan pengumuman terbaru ini, segala persoalan dan penantian penggemar telefon swafoto jenama OPPO telah terjawab.

OPPO F7 Hadir Ke Malaysia Pada 19 April Ini

Dengan teknologi AI Beauty Recognition 2.0 yang telah dinaiktaraf dari teknologi yang sama yang diguna pakai pada peranti OPPO F5 terdahulu, kualiti gambar swafoto peranti ini dijangka akan dapat memberi kepuasan kepada pengguna. Dengan skrin sebesar 6.23 inci berdefinisi tinggi penuh serta memori bersaiz 4 GB RAM untuk pilihan simpanan 64 GB dan 6 GB RAM untuk simpanan sebesar 128 GB selain menyokong fungsi kad memori mikro sehingga 256 GB, peranti ini dijangka turut menarik minat pengguna yang bukan dari golongan penggemar swafoto.

Berkenaan dengan harga peranti perdana OPPO terbaru ini, mereka masih merahsiakan tentangnya. Teruskan mengikuti perkembangan terbaru mengenai peranti OPPO F7 ini melalui Facebook OPPO Malaysia.

SUMBER

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY