Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO F7 is coming

Oppo F7 Bakal Tiba di Malaysia Bulan Ini

Diterbitkan April 5, 2018 · Dikemas kini April 5, 2018 oleh Haikel Areff

Syarikat Oppo Malaysia bakal melancarkan peranti terbaru mereka untuk siri F iaitu Oppo F7 di Malaysia pada bulan ini. Peranti ini dijangka akan dapat meneruskan legasi siri Oppo F yang semakin mendapat sambutan yang menggalakkan di negara ini. Dengan dilengkapi ciri AI Beauty 2.0 yang telah dinaiktaraf, pengguna peranti ini akan dapat mengambil swafoto dengan kualiti lebih baik dan imej yang lebih jelas.

Oppo F7 Bakal Tiba di Malaysia Bulan Ini

Oppo F7 ini mempunyai paparan skrin bersaiz 6.23 inci dengan paparan definisi tinggi penuh 1080p. Selain itu, peranti ini akan menggunakan sistem operasi Android Oreo 8.0 serta dilengkapi dengan cip pemprosesan Mediatek Helio P60. Oppo F7 ini juga akan hadir dengan dua pilihan spesifikasi iaitu 64 GB storan dan 4 GB RAM memori atau storan sebesar 128 GB dengan memori 6 GB RAM disamping kedua-duanya akan memiliki slot kad memori sehinnga 256Gb.

Oppo F7 Bakal Tiba di Malaysia Bulan Ini

Bagi model Oppo F7 ini, ia akan hadir dengan 16 MP, f/1.8 untuk kamera utama serta 25 MP untuk kamera hadapan  bagi mendapatkan imej swafoto yang berkualiti. Selain itu, peranti ini akan dikuasakan dengan bateri sebesar 3400 mAh.

Oppo F7 Bakal Tiba di Malaysia Bulan Ini

Peranti ini bakal hadir dengan dua pilihan warna iaitu merah dan perak. Sama-sama kita nantikan pengumuman selanjutnya daripada pihak Oppo Malaysia berkenaan tarikh rasmi pelanjaran peranti Oppo F7 ini bagi mendapatkan harga untuk pasaran tempatan.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY