Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO F1 Edisi Istimewa Ayda Jebat

OPPO F1 Edisi Istimewa Ayda Jebat

Diterbitkan November 29, 2016 oleh Helmi Samsuri

OPPO Malaysia kini bekerjasama dengan penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat dalam menghasilkan telefon pintar edisi khas, OPPO F1 Ayda Jebat. Dengan kerjasama yang terjalin ini, syarikat itu berharap ia dapat menarik perhatian peminat tegar artis wanita itu untuk memiliki model istimewa yang dikeluarkan beberapa hari lepas.

oppo_f1sspecialedition

Dipanggil sebagai “Pakar Selfie”, telefon pintar edisi istimewa ini dikemaskan dengan tandatangan Ayda Jebat yang dicetak menggunakan laser pada bahagian belakang. Menurut Pengurus Jenama OPPO Elektronik, Chen Lu, ” Sangat hebat bila dapat bekerja dengan Ayda Jebat untuk telefon pintar edisi khas ini. Personaliti beliau yang positif dan comel boleh menjadi contoh kepada semua orang, terutama golongan muda yang berusaha untuk mencapai impian mereka. Kami yakin bahawa kerjasama ini akan mewujudkan satu lagi jualan rekod yang baik bagi syarikat.”

OPPO F1 Edisi Istimewa Ayda Jebat menampilkan kamera selfie 16MP dengan teknologi Beautify 4.0, naik taraf fungsi Screen Flash, serta selfie yang boleh diaktifkan dengan menggunakan isyarat serta suara.

Chen Lu juga menjelaskan, telefon ini sangat sesuai digunakan bagi penggemar selfie tanpa perlu memikirkan solekan di muka mahupun meng-edit gambar kerana teknologi yang digunakan pada kamera telefon ini mampu membuatkan wajah anda kelihatan licin berseri.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY