Peranti OPPO Dengan 4 Kamera Bakal Tiba Tidak Lama Lagi

Reading Time: 2 minutes

Diletakkan sebagai pengeluar  telefon pintar nombor dua popular di Malaysia berdasarkan laporan Canalys,  OPPO nampaknya mahu meluaskan lagi penawaran sedia ada dengan pengenalan peranti baru tidak lama lagi.

Melalui perkongsian di akaun sosial media mereka, OPPO telah memuat naik sebuah poster menggambarkan kedatangan sebuah peranti dilengkapi dengan 4 kamera yang bakal memberikan pelbagai gaya rakaman kepada pengguna.

Perkongsian poster tersebut kuat dikaitkan dengan siri OPPO Reno2 yang sedia dilancarkan di India pada seminggu yang lalu. Ia membariskan tiga model iaitu

OPPO Reno2

  • Skrin paparan AMOLED 6.5 inci
  • Snapdragon 730G
  • Memori 8GB/256GB
  • Kamera belakang 48MP+8MP+13Mp+2MP
  • Kamera hadapan 16MP
  • Bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas VOOC 3.0

OPPO Reno2 Z

  • Skrin paparan AMOLED 6.5 inci
  • MediaTek Helio P90
  • Memori 8GB/256GB
  • Kamera belakang 48MP+8MP+2MP+2MP
  • Kamera hadapan 16MP
  • Bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas VOOC 3.0

OPPO Reno2 F

  • Skrin paparan AMOLED 6.5 inci
  • MediaTek Helio P70
  • Memori 8GB/128GB
  • Kamera belakang 48MP+8MP+2MP+2MP
  • Kamera hadapan 16MP
  • Bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas VOOC 3.0

Mungkinkah salah satu ahli baru ini akan dibawa masuk ke dalam negara atau OPPO Malaysia bakal membuat kejutan dengan menghadirkan ketiga-tiganya sekali? Kita tunggu pengumuman rasmi dari mereka dan yang pastinya tidak lama lagi.

Helmi Samsuri
Tentang Penulis

Pengerusi Kelab Catur Wiser.my

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *