Turut dikenali sebagai OPPO A52 di pasaran China, peranti ini dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 665. Hanya satu konfigurasi memori yang ditawarkan iaitu RAM 8GB dengan storan 128GB (UFS2.1).
Bagi fungsi rakaman, OPPO A92 membariskan 4 kamera pada bahagian belakang dengan 48MP sebagai lensa utama, 8MP ultra lebar, 2MP mono dan 2MP potret. Lensa 16MP pula digunakan untuk merakam bahagian hadapan dan ia ditempatkan pada rekaan berlubang paparan.
Paparan hadapan peranti ini adalah dari jenis LCD IPS dipanggil sebagai Neo-Display dengan ukuran 6.5 inci. Ia menyokong resolusi FullHD+ dengan ketumpatan piksel sehingga 405ppi.
Telefon pintar terbaharu daripada OPPO Malaysia ini dilengkapi dengan bateri 5000mAh bersama sokongan pengecasan pantas 18W. Bagi sistem imbasan cap jari, ia menyediakan sensor pengimbas di bahagian sisi iaitu pada butang kuasa.
Menjalankan sistem operasi ColorOS 7 berasaskan Android 10, OPPO A92 ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Aurora Purple, Twilight Black serta Shining White.
Harga yang ditetapkan untuk pasaran tempatan adalah RM1199 dan ia bakal dijual bermula 9 Mei 2020.
Berkaitan
- realme 6 Pro Sudah Rasmi Di Malaysia, Dijual Pada Harga RM1399
- Laporan Bank Dunia Menyatakan Jalur Lebar Malaysia Mahal Disebabkan Kurangnya Persaingan
- Apple Kemaskini Harga Jualan IPhone Di Pasaran Malaysia.
- Malaysia Bakal Wujudkan Sistem Lelong Hartanah Dalam Talian
- Lebih Banyak Aksesori Xiaomi Akan Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia
- OPPO F11 Pro Dilancarkan Secara Rasmi, Dijual Pada Harga RM1399
- Cyberjaya Dan Putrajaya Akan Terima Kemudahan Teknologi 5G, Bakal Jadi Bandaraya Pintar Pertama Di Malaysia
- Berminat Untuk Memiliki OPPO F11 Pro Edisi Khas Avengers? Ini Aksesori Yang Anda Akan Dapat
- Indeks Keselamatan Siber Global - Malaysia Di Tangga Ke 3 Dari Segi Komitmen Keselamatan Siber
- Kaji Selidik: India Tawar Pembelian Data Internet Paling Murah Di Dunia, Malaysia Dikedudukan Ke-15