Fon Telinga OPPO Enco W31 Dijual Berharga RM259 - Lebih Mampu Milik Berbanding Enco Free

OPPO sebelum ini telah sedia menawarkan Enco Free sebagai sebuah aksesori fon telinga True Wireless System (TWS). Hari ini, selain melancarkan OPPO A92,  OPPO Malaysia turut membawa masuk satu lagi fon telinga terbaharu iaitu Enco W31.

Berbeza dengan Enco Free, Enco W31 merupakan fon telinga dengan tip silikon untuk pendengaran lebih kemas. Rekaan kerangka pengecasannya juga berbeza di mana ia dibentuk menyerupai tiram tidak seperti rekaan Airpods pada Enco Free.



Untuk spesifikasi, bateri yang dimuatkan dalam fon telinga adalah 25mAh manakala untuk kerangka pengecasannya berkapasiti 350mAh. Menurut OPPO, ketahanan bateri fon telinga adalah selama 3 jam 30 minit, namun boleh dipanjangkan lagi dengan memasukkannya semula ke kerangk pengecasan sehingga 15 jam lamanya.



Kerangka ini boleh dicas melalui USB-C dan mengambil masa selama 2 jam 30 minit untuk penuh.

Ia menyokong sambungan Bluetooth 5.0, format audio AAC, dan juga piawaian kalis air IP54. Selain itu, setiap pasang fon telinga ini menyokong fungsi kawalan melalui sentuhan untuk menjawab atau mematikan panggilan, ataupun menukar muzik.

Di Malaysia, fon telinga OPPO Enco W31 ini dijual pada harga RM259 dalam pilihan warna hitam dan putih. Anda juga boleh mendapatkannya pada harga dengan lebih rendah RM199 ketika pra-tempahan yang bermula hari ini (4 Mei) sehingga 8 Mei 2020 ini.

Pautan: Pra-tempahan OPPO Enco W31

Berkaitan