Berminat Untuk Memiliki OPPO F11 Pro Edisi Khas Avengers? Ini Aksesori Yang Anda Akan Dapat

Lebih kurang dua hari lagi, filem aksi yang dinantikan ramai, Avengers: Endgame bakal ditayangkan diseluruh pawagam. Memeriahkan lagi adalah kedatangan telefon pintar edisi khas OPPO F11 Pro yang sudah diacah kedatangannya beberapa kali sebelum ini.



Bakal membawakan spesifikasi lebih kurang sama seperti model yang dilancarkan sebelum ini, edisi khas Avengers tampil menarik dengan kemasan dan berlatarbelakangkan filem aksi tersebut.



Jika anda seorang peminat tegar Avengers, pastinya anda tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan OPPO F11 Pro Avengers, dimana ia akan disertakan kotak premium diisi dengan aksesori menarik seperti sarung pelindung dengan logo Captain America dan koleksi lencana Avengers.

Harga edisi khas Avengers: Endgame ini masih belum didedahkan, tetapi dijangka diletakkan pada nilai lebih tinggi sedikit berbanding model biasa yang berharga RM1299. Adakah anda mahu memiliki OPPO F11 Pro Avengers?