Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Indeks Keselamatan Siber Global –  Malaysia Di Tangga Ke 3 Dari Segi Komitmen Keselamatan Siber

Indeks Keselamatan Siber Global – Malaysia Di Tangga Ke 3 Dari Segi Komitmen Keselamatan Siber

Diterbitkan September 5, 2017 oleh Helmi Samsuri

Memetik laporan daripada BH Online, Malaysia merupakan negara ke-3 didunia yang komited dalam aspek keselamatan siber daripada 193 buah negara seluruh dunia.

Berdasarkan Indeks Keselamatan Siber Global (GCI) 2017, Malaysia berjaya menduduki tangga ketiga, dibelakang Singapura dan Amerika Syarikat yang masing-masing berada di kedudukan pertama dan kedua.

Indeks Keselamatan Siber Global –  Malaysia Di Tangga Ke 3 Dari Segi Komitmen Keselamatan Siber

Untuk tersenarai dalam indeks ini, beberapa faktor penilaian diproses berdasarkan lima aspek iaitu…

  1. Perundangan
  2. Teknikal
  3. Organisasi
  4. Pembinaan keupayaan
  5. Kerjasama.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia (CSM) Datuk Dr Amiruddin Abdul Wahab, tahap keselamatan siber dalam industri di Malaysia masih lagi di bawah paras yang sepatutnya.

Hal ini kerana, syarikat memandang perkara itu sebagai kos dan bukannya pelaburan perniagaan. Beliau turut menambah, Malaysia menyasarkan 10,000 pakar keselamatan siber dapat dilahirkan dalam masa 3 tahun lagi.

Sumber: BH Online, Laporan Lengkap GCI 2017

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY