Peranti ini hadir dengan kamera hadapan 8MP f/2.2 yang didakwa boleh mengesan sehingga 296 ciri-ciri wajah atas sokongan AI. Pada kamera utamanya pula, peranti ini menggabungkan lensa 13MP + 2MP dengan masing-masing mempunyai bukaan aperture f/2.2 dan f/2.4.
Kredit : Oppo
Dari segi dalamannya pula, Oppo A5 dikuasakan dengan sokongan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 450 bersama memori 4GB RAM. Ia juga mempunyai storan dalam 64GB dan turut menyokong fungsi kad mikroSD sehingga 256GB untuk storan tambahan.
Berkenaan paparan skrinnya pula, peranti ini menggunakan skrin paparan super-view full screen dengan resolusi HD+ serta nisbah aspek pada 19:9. Oppo A5 ini dijana dengan bateri 4,320 mAh yang boleh bertahan sehingga 14 jam, menurut dakwaan Oppo.
Keluaran terbaru Oppo ini akan dijalankan dengan ColorOS 5.1 berlandaskan Android 8.1 Oreo. Ia turut mempunyai sokongan sistem nyahkunci pengesanan wajah, namun tiada sistem pengimbasan cap jari tersedia pada peranti ini.
Kredit : Oppo
Buat masa sekarang, peranti ini cuma diperkenalkan di pasaran China sahaja dan belum dapat diketahui sama ada ia akan dilancarkan secara rasmi bagi pasaran luar atau tidak. Untuk pengetahuan anda, Oppo A5 diumumkan untuk pasaran China pada harga jualan RMB 1,500(~RM 914) dan hadir dengan pilihan warna Mirror Blue serta Mirror Pink.
Sumber
Berkaitan
- Unboxing : Oppo RENO 2 #OPPO
- Konsert HaVOOC – OPPO Malaysia Raikan Ketibaan OPPO F9 Bersama TV3
- Oppo A9 2020: Peranti Midrange Dengan Dual Dolby Atmos Speaker
- Maklumat Spesifikasi OPPO Reno Didedahkan, Sudah Tersenarai Di Laman SIRIM
- OPPO Lancarkan ColorOS 6.0 Berlandaskan Android Pie Dengan Tema Terang
- #MWC2019- Peranti Dengan Kebolehan 10X ZOOM Dan Sambungan 5G Dari OPPO
- Oppo R17 Pro, Peranti Yang Memukau!
- Unboxing OPPO A9 2020
- Tiada Lagi OPPO Siri-R, OPPO Mahu Fokuskan Kepada Siri-Find & Siri-Reno
- OPPO F11 Pro Bakal Tiba Ke Pasaran Malaysia Pada Bulan Ini