Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO A38_A

OPPO A38 Kini Tersedia Di Malaysia Dengan Harga RM599

Diterbitkan September 5, 2023 · Dikemas kini September 5, 2023 oleh Amalina Athman

OPPO hari ini mengumumkan kehadiran OPPO A38 untuk pasaran Malaysia, dengan harga RM599.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • OPPO A58 Rasmi, Bateri 5000mAh Dan Pengecasan SuperVOOC 33W Pada RM699
  • OPPO Find N3 Flip Rasmi - Telefon Flip Pertama Dengan 3 Kamera

Mengenai spesifikasi, OPPO A38 dilengkapi panel LCD berukuran 6.56-inci dengan resolusi HD+ dan sokongan kadar segar semula 90Hz serta maksimum kecerahan 720 nits.

OPPO A38_3
OPPO A38_2

Bagi menguasakan peranti, ia dijana cip pemproses MediaTek Helio G85 bersama 4GB RAM LPDDR4x dan 128GB storan.

OPPO A38_6

Selain itu, OPPO A38 dilengkapi dua tetapan kamera di bahagian belakang dengan 50MP utama dan 2MP serta 5MP untuk kamera swafoto.

OPPO A38_7

Untuk menghidupkan peranti, ia dimuatkan kapasiti bateri 5,000mAh bersama sokongan pengecasan 33W. Antara lainnya, OPPO A38 mempunyai sokongan cap jari, imbasan wajah, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.3 serta sistem operasi ColorOS 13.1.

Ketersediaan

OPPO A38 Kini Tersedia Di Malaysia Dengan Harga RM599

Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu Glowing Black dan Glowing Gold. OPPO A38 tersedia di Malaysia pada tanda harga RM599 dan boleh dibeli di mana-mana platform dalam talian OPPO seperti Shopee dan Lazada.

  • Beli OPPO A38 di Shopee: https://invl.io/cljqrau
  • Beli OPPO A38 di Lazada: https://invol.co/cljqrbb

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY