Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO A31 Dengan Varian Storan 64GB Ditawarkan Pada Harga RM599

OPPO A31 Dengan Varian Storan 64GB Ditawarkan Pada Harga RM599

Diterbitkan Julai 22, 2020 oleh Meor Hasyim

OPPO A31 bukanlah peranti yang baharu kerana sebelum ia sememangnya sudah dipasarkan untuk pasaran tempatan bermula Mei lalu. Kini, OPPO Malaysia mengumumkan sebuah lagi varian untuk model tersebut.

Jika sebelum ini OPPO A31 ditawarkan dengan 128GB, varian yang terbaharu ini adalah bersaiz 64GB. Sehubungan dengan itu, ia dijual dengan harga sedikit rendah iaitu pada RM599 berbanding RM699 pada varian 128GB.

OPPO A31 – Beyond The Ordinary | OPPO India

Untuk spesifikasi lain masih lagi sama dengan cip MediaTek Helio P35 dan skrin 6.5 inci HD. Sementara itu terdapat 3 kamera pada bahagian belakang yang memuatkan 12MP lensa utama + 2MP makro + 2MP depth. Manakala kamera swafoto pula adalah 8MP.

Dengan 64GB, ia dipadankan dengan saiz RAM yang sama 4GB. Bateri pula berkapasiti 4,230mAh dan masih lagi menggunakan lubang micro-USB.

OPPO A31 dengan varian 4GB/64GB ini sudah mula dijual bermula hari ini. Anda boleh mendapatkannya di mana-mana kedai konsep OPPO, pengedar sah OPPO, laman rasmi OPPO, dan lain-lain.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY