OPPO A31 Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM 699

Memperluaskan lagi siri A, OPPO memperkenalkan OPPO A31 pada pasaran tempatan dengan harga RM 699. Peranti ini tersedia dengan dua warna pilihan iaitu Fantasy white dan Mystery Black.

oppo a31

 

OPPO A31 menggunakan skrin bersaiz 6.5 inci dan didatangkan dengan skrin 1600 x 720 HD. Ia mempunyai nisbah skrin ke badan 89% dengan PPI berjumlah 270 piksel. Spesifikasi utama peranti adalah ia menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio P35.

Kamera pula terdapat 3 lensa di belakangnya iaitu 12MP  utama + 2MP makro + 2MP depth. Kamera swafoto pula dimuatkan sensor 8MP.

oppo a31

Siri A ini disokong dengan bateri berkapasiti 4230mAh. Ia membolehkan 14 jam video dimainkan, 7 jam bermain permainan dalam talian dan 111 jam muzik dimainkan.

Peranti ini masih lagi menggunakan pengecasan Micro-USB 10W. Selain itu, OPPO A31 turut dimuatkan dengan 4GB memori dan 128GB storan penyimpanan.

Selain pengimbas cap jari pada panel belakang, sistem biometrik turut menyediakan imbasan wajah untuk nyahkunci skrin. Peranti ini tersedia bermula 6 Mac 2020 dan boleh dapatkan di kedai rasmi OPPO yang berdekatan dengan anda.