Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Paten Rekaan Peranti Boleh Lipat OPPO Mempunyai Kamera Terangkat

Oppo: A.S Adalah Pasaran Telefon Pintar Paling Sukar Di Dunia

Diterbitkan Disember 19, 2019 oleh ariff bukhari

Oppo lebih mahu memberikan perhatian mereka terhadap pasaran Eropah dan Jepun buat masa ini.

Oppo, pengeluar telefon pintar popular dari China menyatakan bahawa pasaran telefon pintar A.S tidak menarik minat mereka buat masa ini.

Malah menyatakan “pasaran di A.S sebagai paling sukar di dunia”. Ia dinyatakan sendiri oleh Penasihat Presiden dan Presiden Jualan Global Oppo, Alen Wu baru-baru ini.

Kenyataan tersebut adalah merujuk kepada pasaran telefon pintar A.S yang 90% nya dikawal oleh firma penyedia talian komunikasi.

Selain itu, penggunaan teknologi peranti di A.S juga adalah berbeza dari apa yang digunakan pada peranti Oppo. A.S menggunakan gelombang mmWave (millimeter-wave). Sementara barisan peranti Oppo terbaru akan datang tidak menyokong mmWave, hanya Sub6-Ghz.

Jadi, Oppo dalam masa terdekat ini belum bersedia membawa peranti popular mereka memasuki pasaran A.S.

Sebaliknya mereka kini lebih mahu menguasai pasaran telefon pintar di Eropah dan Jepun sebelum memasuki pasaran A.S.

OPPO Perkenalkan Model Edisi Terhad Barcelona FC OPPO Reno 10x Zoom
Kerjasama yang dijalinkan dengan kelab bola sepak Barcelona adalah antara cara pemasaran Oppo bagi menguasai pasaran telefon pintar di Eropah.

Oppo ketika ini merupakan syarikat pengeluar telefon pintar kelima terbesar di dunia di belakang Samsung, Huawei, Appple dan Xiaomi.

Untuk pasaran Asia Tenggara pula, Oppo sudah pun berjaya menguasai pasaran telefon pintar di beberapa buah negara termasuklah Malaysia dan Indonesia.

Di Malaysia, Oppo ketika ini adalah syarikat kedua paling popular selepas Samsung. Sementara Oppo di Indonesia adalah jenama  paling popular dikalangan pengguna telefon pintar.

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY