Pasaran global telefon pintar meningkat 0.8% setakat suku ketiga 2019.
Berdasarkan kepada data terbaru dari International Data Corporation (IDC), jualan telefon pintar diseluruh dunia telah meningkat sebanyak 0.8% setakat suku ketiga tahun ini.
Menurut IDC, jumlah keseluruhan telefon pintar diseluruh dunia berjumlah 358.3 juta unit. Meningkat sebanyak 8.1% bagi tempoh yang sama berbanding tahun lalu. Sekaligus memadai bagi industri berkembang positif.
Jualan telefon pintar pula masih dikuasai oleh gergasi elektronik dari Korea Selatan iaitu Samsung dengan penguasaan pasaran sebanyak 78.2%. Diikuti oleh Huawei ditangga kedua (66.6%) dan Apple ditangga ketiga (46.6%).
Apa yang menarik di sini adalah disebalik kekangan yang dikenakan A.S terhadap Huawei, pengeluar telefon pintar terkemuka dari China itu masih mampu bersaing dengan pengeluar lain tanpa sebarang masalah.
Cuma ia hanya membantut cita-cita firma itu untuk menjadi pengeluar tefon pintar terbesar di dunia tahun ini.
Apple pula mengalami penurunan sebanyak 0.6% setakat suku ketiga tahun ini. Tetapi pengeluar iPhone itu masih mendominasi 47% jualan telefon pintar premium di seluruh dunia (setakat suku pertama 2019) berdasarkan kepada data oleh Counterpoint.
Manakala OPPO pula, walaupun berada di tangga kelima bagi jualan telefon pintar di seluruh dunia ketika ini, OPPO masih kekal menjadi jenama pilihan kedua paling popular di Malaysia.
Berkaitan
- Apple Bakal Bangunkan Cip Baharu Untuk Komputer Mereka Di Dalam Israel
- Akhirnya Telefon Pintar Flagship HONOR Ini Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 1 Jun Nanti
- Pengasas Foxconn Menggesa Apple Supaya Melabur Di Taiwan Selain Di China
- Apple Umumkan iOS 14 Dengan Pelbagai Ciri Baru
- Ada Apa Dengan Logo Acara Istimewa Apple 2019?
- HUAWEI Tawar Diskaun Sehingga RM1,200 Sempena Hari Ibu
- Sebanyak 70 Aplikasi Popular Android Akan Tersedia Dipasang Ke Dalam Telefon Pintar Huawei
- Jangan Muat Turun Aplikasi Palsu Samsung Ini Dari Google Play Store
- iMac 2021 Kini Dikuasakan Oleh Cip Apple M1 Serta Ditawarkan Dalam 7 Pilihan Warna Menarik
- Diskaun Sehingga 50% Ganti Bateri Dan Skrin iPhone, Berpeluang Dapat Pengecas Asli Apple Dari Machines