OnePlus Tawar Diskaun Sehingga 60% Sempena Tahun Baru Cina Di Shopee Dan Lazada

Bersempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, OnePlus Malaysia telah menyiapkan promosi menarik untuk anda bermula hari ini sehingga 9 Februari.

Promosi ini berlangsung selama tiga hari iaitu pada hari ini, 5 Februari dan 9 Februari.



Antara tawaran menarik adalah OnePlus Buds Z dijual pada harga RM199, diskaun sehingga 60% bagi aksesori OnePlus dan baucar shopee bernilai RM200 bagi setiap pembelian OnePlus Nord.

Sekiranya berminat, jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran menarik daripada OnePlus bermula hari ini di gedung dalam talian melalui Shopee dan Lazada.

Berkaitan