Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Nord Bakal Dibawa Masuk Ke Pasaran Malaysia?

OnePlus Nord Bakal Dibawa Masuk Ke Pasaran Malaysia?

Diterbitkan Julai 1, 2020 · Dikemas kini Julai 2, 2020 oleh Helmi Samsuri

OnePlus suatu ketika dahulu cukup sinonim dengan gelaran pembunuh peranti flagship. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sesetengah pengguna tidak lagi memandangnya kearah itu oleh kerana harga jualan yang semakin premium.

Timbul pula nama OnePlus Nord yang disebut sebagai peranti lebih mampu milik yang berada pada kelas pertengahan. Sehari yang lepas, pengeluar tersebut telah mengesahkan mengenai nama model tersebut. Ia juga dinyatakan bakal dijual dibawah paras $500 (~RM2,140).

Berdasarkan khabar angin awal, OnePlus Nord mungkin dilancarkan pada bulan Julai ini, tetapi tidak dapat dipastikan pasaran mana yang akan menerima kehadirannya.

Namun, sebuah akaun Instagram OnePlus.nord.my sudah mula kelihatan. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa ia akan ditawarkan pada pasaran tempatan. Tidak pasti bila, tetapi ini mungkin salah satu persediaan OnePlus untuk membawa masuk model baharu tersebut bagi penawaran di Malaysia.

OnePlus Nord Bakal Dibawa Masuk Ke Pasaran Malaysia?

OnePlus Nord mungkin dijana oleh cip Snapdragon 765, 6GB RAM, 6.65 inci dan juga 3 kamera belakang. Spesifikasi yang disebutkan ini hanyalah lanjutan daripada desas-desus sebelum ini. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari pengeluar dan adakah anda berminat dengan penawaran yang bakal dibuat ini?

Sumber: OnePlus Nord My 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY