Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Bullets – Fon Telinga Kalis Air Dengan Pengecasan Pantas Dilancarkan

OnePlus Bullets – Fon Telinga Kalis Air Dengan Pengecasan Pantas Dilancarkan

Diterbitkan Mei 17, 2018 oleh Haikel Areff

Pada 16 Mei yang lalu, satu majlis yang diadakan khas untuk memperkenalkan peranti perdana OnePlus terbaru iaitu OnePlus 6 telah berlangsung di ibu kota London, United Kingdom. Namun OnePlus 6 bukan satu-satunya produk yang dilancarkan pada masjlis tersebut.

OnePlus Bullets, sebuah fon telinga tanpa wayar terbaru turut telah diperkenalkan kepada umum semasa majlis tersebut. Perkara yang menarik berkenaan peranti audio terbaru ini ialah ia menggunakan tunas aluminium magnetik yang boleh melekatkan kedua-dua belah tunas bagi mengelakkan serabut.

Tambahan pula, apabila kedua-dua tunas dilekatkan bersama, lagu yang sedang dimainkan(melalui peranti OnePlus 5/5T/6) akan terhenti dengan sendiri dan bersambung semula jika dipisahkan. Selain itu, ia juga merupakan peranti kalis air maka anda tidak perlu risau untuk menggunakannya sewaktu bersenam atau dalam cuaca hujan.

Bekalan kuasa bukan menjadi masalah kepada peranti ini. Hal ini kerana pihak OnePlus mendakwa, dengan sokongan pengecasan pantas, peranti ini akan dapat digunakan selama 5 jam penggunaan dengan pengecasan cuma selama 10 minit sahaja.

OnePlus Bullets – Fon Telinga Kalis Air Dengan Pengecasan Pantas Dilancarkan

OnePlus menawarkan harga sekitar $69 atau ~RM 273.40 untuk peranti OnePlus Bullets ini dan mereka menjangkakan peranti ini akan mula memasuki pasaran beberapa buah negara terpilih selewat-lewatnya Jun ini.

Sumber

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY