Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 8T Edisi Khas Cyberpunk 2077 Bakal Diperkenalkan Bulan Hadapan

OnePlus 8T Edisi Khas Cyberpunk 2077 Bakal Diperkenalkan Bulan Hadapan

Diterbitkan Oktober 16, 2020 oleh Meor Hasyim

OnePlus 8T merupakan telefon pintar terkini OnePlus yang baru sahaja diumumkan beberapa hari lalu. Kini, jenama turut dikatakan bakal memperkenalkan model yang sama dengan edisi khas dari permainan Cyberpunk 2077.

Menerusi laman Weibo akaun OnePlus sendiri, mereka telah memuat naik sebuah video acah OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077.

Kolaborasi ini adalah dari kerjasama dengan CD Projekt Red yang merupakan pembangun kepada permainan itu.

Walau bagaimanapun, rekaan telefon tersebut tidak ditunjukkan secara jelas namun apa yang pasti ia bakal diperkenalkan pada 4 November 2020 dengan pra-tempahan di China juga pada tarikh berkenaan.

Tambahan maklumat, sebuah laman permainan dari Russia, iXBT telah melaporkan bahawa OnePlus turut mengacah edisi khas telefon pintar berkenaan ketika melancarkan OnePlus 8T.

oneplus cyberpunk

Buat masa ini, tidak diketahui sama ada telefon tersebut akan menggunakan spesifikasi berbeza berbanding OnePlus 8T yang sudahpun dilancarkan.

Namun kebiasaannya, edisi khas hanya mempunyai kemasan atau warna berbeza dan juga perisian visual yang sedikit unik berbanding model biasa.

Dari: Weibo OnePlus

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY