OnePlus 8T Edisi Khas Cyberpunk 2077 Akan Dilancarkan Pada 2 November Ini

Dua minggu lalu, OnePlus telah memperkenalkan OnePlus 8T untuk pasaran global. OnePlus turut mengesahkan akan melancarkan OnePlus 8T Edisi Khas Cyberpunk 2077 tidak lama lagi.

Terbaru, OnePlus menerusi Weibo telah mengesahkan OnePlus 8T Edisi Khas Cyberpunk 2077 bakal dilancarkan pada 2 November 2020.

pelancaran OnePlus 8T Cyberpunk 2077

Melalui poster yang dimuatnaik, OnePlus turut memperlihatkan rekaan belakang peranti itu (tetapkan pada kecerahan maksimum).



CEO OnePlus, Pete Lau baru-baru ini juga telah mengacah rekaan edisi khas OnePlus 8T. Kehadiran peranti itu mula diperlihatkan melalui laman web OnePlus China.

Bagi anda yang belum tahu, OnePlus 8T edisi khas ini adalah kolaborasi OnePlus bersama CD Projekt Red yang merupakan pembangun kepada permainan itu.

Terdahulu, OnePlus telah pun mengesahkan pra-tempahan OnePlus 8T Edisi Khas Cyberpunk 2077 di China adalah pada 4 November 2020. Bagaimanapun, masih belum diketahui harga yang akan ditawarkan untuk peranti berkenaan.

Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi OnePlus pada 2 November 2020, 2 petang.

Sumber: Weibo OnePlus