Menerusi laman Weibo akaun OnePlus sendiri, mereka telah memuat naik sebuah video acah OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077.
https://www.youtube.com/watch?v=vKVg2m3g4ZU&ab_channel=SparrowsNews
Kolaborasi ini adalah dari kerjasama dengan CD Projekt Red yang merupakan pembangun kepada permainan itu.
Walau bagaimanapun, rekaan telefon tersebut tidak ditunjukkan secara jelas namun apa yang pasti ia bakal diperkenalkan pada 4 November 2020 dengan pra-tempahan di China juga pada tarikh berkenaan.
Tambahan maklumat, sebuah laman permainan dari Russia, iXBT telah melaporkan bahawa OnePlus turut mengacah edisi khas telefon pintar berkenaan ketika melancarkan OnePlus 8T.
Buat masa ini, tidak diketahui sama ada telefon tersebut akan menggunakan spesifikasi berbeza berbanding OnePlus 8T yang sudahpun dilancarkan.
Namun kebiasaannya, edisi khas hanya mempunyai kemasan atau warna berbeza dan juga perisian visual yang sedikit unik berbanding model biasa.
Dari: Weibo OnePlus
Berkaitan
- OnePlus Malaysia Umum Kedatangan OnePlus Nord Untuk Pasaran Tempatan
- Spesifikasi Penuh OnePlus 8 Dan 8 Pro - 120Hz, Kuad Kamera, 4510mAh, IP68, Dan Pengecasan Tanpa Wayar
- OnePlus Perlihatkan Rekaan Nord Dalam Video Terbaharu Mereka
- OnePlus Z Dijangka Pelancarannya Pada Bulan Hadapan
- Ini Adalah Rupa Bentuk OnePlus 8T - Panel 120Hz Dan Pengecasan 65W Lebih Laju
- CEO OnePlus Sahkan Tiada Model OnePlus 8T Pro
- Sah, Nama Peranti 'Mampu Milik' OnePlus Adalah OnePlus Nord
- OnePlus 8T Concept Diumumkan - OnePlus 8T Dengan Panel Belakang Berubah Warna Dan Sistem Radar mmWave
- OnePlus Band Dilancarkan Dengan Paparan AMOLED Dan Ketahanan Bateri 14 Hari
- OnePlus Nord Terima Pilihan Warna Baharu - Special Edition Gray Ash