OnePlus 8 Pro Dilancarkan - Hasil Apabila OnePlus Mula Menjengah Masuk Ke Pasaran Flagship Premium

Antara peranti yang hangat diperkatakan dan ditunggu sejak berbulan lamanya lagi adalah peranti terkini OnePlus. Hari ini mereka melancarkan siri OnePlus 8 dalam dua model iaitu OnePlus 8 dan juga model premium OnePlus 8 Pro.

Untuk OnePlus 8 Pro, paparan peranti bersaiz besar dengan resolusi 6.78 inci Quad HD+ panel Super AMOLED dan turut disokong kadar segar semula 120Hz bersama-sama input sentuh 240Hz.

Pada bahagian skrin turut memuatkan lubang kamera dengan lensa 16MP. Menurut OnePlus mereka tidak lagi menggunakan modul kamera terangkat kerana kamera dengan lubang pada skrin menjadikan peranti lebih ringan.



Paparan ini turut diiktiraf oleh DisplayMate sebagai peranti dengan paparan yang terbaik. Antara rekod yang dipegang oleh paparan OnePlus 8 Pro adalah skrin dengan kecerahan tertinggi dan kontras paling tinggi.

Paparan OnePlus 8 Pro juga turut menyokong 10-bit format dengan warna yang lebih banyak berbanding paparan peranti biasa. Ini akan menjadikan pengalaman menonton lebih mengasyikkan dengan julat warna yang lebih tinggi.

Selain itu, peranti turut mempunyai piawaian JNCD kurang dari 0.4. Ini bermaksud warna yang dilihat pada peranti ini adalah warna yang sebenar dengan apa yang dilihat pada realiti. Pada peranti juga mempunyai cip khas MEMC yang mampu memainkan video dari 30fps ke 120fps.

OnePlus 8 unveiled with 48MP camera, SD865, 8 Pro adds 120Hz screen

Peranti menggunakan cip pemprosesan terkini Snapdragon 865 dengan sokongan 5G. Untuk RAM terdapat pilihan minimum 8GB atau 12GB serta storan dalaman 128GB/256GB berasaskan UFS 3.0. Pada OnePlus 8 Pro, peranti menggunakan teknologi RAM terkini yang lebih pantas LPDDR5 manakala OnePlus 8 hanya mempunyai RAM jenis LPDDR4X sahaja.

Terdapat juga Wi-Fi 6 untuk rangkaian internet pantas, pembesar suara Stereo dengan Dolby Atmos dan juga motor getaran Haptic Vibration 2.0 yang dipertingkatkan.

Untuk kamera belakang, terdapat 4 lensa dengan 48MP utama, 48MP sudut lebar, 8MP telefoto zum, dan sensor warna. Ini merupakan peranti OnePlus yang pertama dengan tetapan 4 lensa di bahagian belakang. Kamera utamanya merupakan sensor IMX689 yang mempunyai teknologi Dual Native ISO dan 2x2 OCL untuk pemfokusan pantas.

OnePlus 8 Pro kini mempunyai 3 mikrofon pada peranti yang diletakkan pada belakang, atas, dan bawah peranti. Buat pertama kalinya peranti OnePlus menyokong fungsi piawaian perlindungan kalis air dan debu IP68.

OnePlus Announces OnePlus 8 & OnePlus 8 Pro: Step-Up 2020 ...

Bahagian bateri pun turut dipertingkatkan. Dengan 4,510mAh, ia merupakan peranti OnePlus dengan kapasiti terbesar pernah dimuatkan. Untuk pengecasan pantas ia masih mempunyai Warp Charge 30W,  tanpa wayar Warp Charge Wireless 30W , dan tanpa wayar berbalik 5W.

Untuk perisian, ia menggunakan antaramuka OxygenOS. Antara perkara terbaharu dalam OxygenOS kali ini adalah Smooth Battle 2.0 iaitu pengoptimasian navigasi dan Dynamic Wallpaper. Kini OnePlus 8 Pro juga menyokong pembantu maya Amazon Alexa selain Google Asisstant.

Dengan kerjasama Google One, OnePlus kini memberikan storan awan 100GB percuma.

OnePlus 8 Pro press renders leak in all the color options

Untuk harga jualan OnePlus 8 Pro dijual dalam 3 pilihan warna iaitu Onyx Black, UltraMarine Blue, dan Glacial Green. Harganya pula adalah bermula $899 (~RM3,894) untuk model asas 8GB/128GB dan $999 (~RM4,327) untuk varian 12GB/128GB.