Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Astro Terima 43% Peningkatan Penonton, 78K Pengguna Baharu Astro GO Sejak Bermulanya PKP

Posted on Mac 31, 2020Mac 31, 2020

Dengan berbagai-berbagai saluran percuma yang disediakan oleh Astro sepanjang PKP, hari ini Astro telah mengumumkan statistik mengenai pemerhatian mereka sepanjang bermulanya tempoh (Perintah Kawalan Berkurung) PKP sehingga hari ini (31 Mac 2020).

Sebagaimana yang diketahui, tempoh PKP telah dilanjutkan sehingga 14 April dan menurut statistik yang diperoleh, ia merupakan respon positif dari pelanggan mereka. Jadi ini merupakan maklumat statistik yang dikongsi oleh Astro:

  • Jumlah keseluruhan penonton meningkat kepada 43%
  • Masa menonton siaran meningkat kepada 30%
  • Jumlah penonton untuk saluran filem dan hiburan meningkat kepada 200%
  • Jumlah penonton saluran berita meningkat kepada 71%
  • Jumlah penonton untuk saluran Kids sebanyak 4.2 juta dengan Astro Cerita adalah 35% dari jumlah tersebut
  • Astro Go menerima sebanyak 78,000 pendaftaran baharu

Untuk saluran Berita Awani pula:

  • Jumlah keseluruhan penonton adalah sebanyak 5.5 juta
  • Peningkatan 15% pengunjung unik untuk laman sesawang
  • Peningkatan 13% pengunjung unik untuk aplikasi

Sehubungan dengan itu juga, jenama Astro secara keseluruhannya juga mengalami peningkatan sebanyak 18% pengunjung unik. Perkembangan ini adalah kebanyakannya datangnya dari saluran berita seperti Awani, Xuan dan Rojak Daily serta rancangan gaya hidup seperti Rasa, Remaja dan Mingguan Wanita. Disebabkan rakyat Malaysia lebih banyak memasak di rumah pada ketika ini, laman sesawang Rasa.my juga merupakan antara pilihan destinasi yang popular untuk mencari idea dan resepi baharu.

Sumber: Astro

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress