Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (324)

Sony Memperlihatkan Dron Airpeak Yang Dipasang Kamera Sony Alpha Untuk Golongan Professional

Diterbitkan Januari 12, 2021 oleh Meor Hasyim

Sony membuat kejutan secara tiba-tiba apabila mengumumkan bakal hadir dalam arena dron sendiri diberi nama Airpeak.

Melalui acara CES 2021, Sony telah memperlihatkan rekaan dan teknologi dron tersebut secara umum. Ia dikatakan dron terkecil yang mampu membawa kamera Sony Alpha mereka dan ditujukan untuk golongan pencipta kandungan video serta fotografi professional.

Rekaan dron Airpeak tersebut adalah berasaskan sebuah kuadkopter. Ia digunakan untuk mengambil sampel gambar dan video kereta Vision-S yang juga diperlihatkan pada acara berkenaan.

Buat masa ini, Sony masih belum mendedahkan spesifikasi dron tersebut. Jika mengikut jadual asal, Sony mahu memperkenalkan secara rasmi dron Airpeak ini sekitar Mac 2021 kelak.

Walaupun gergasi jenama dron DJI sudah mempunyai penawaran untuk menyertakan pemegang kamera Sony Alpha pada dron mereka, Sony juga tidak mahu ketinggalan mahu membawa kepakaran mereka sendiri untuk memberikan pengalaman fotografi/videografi lebih lengkap untuk pengguna kamera Sony Alpha mereka.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY