Ramai yang ingin tahu bagaimana prestasi cip Apple M1 ini jika dibandingkan dengan cip pesaing seperti Intel - lebih-lebih lagi penawaran MacBook dengan cip Intel sendiri.
Hari ini, skor Geekbench Apple M1 telah mula dimuat naik mempamerkan kekuatan dan kepantasan cip ini dibandingkan dengan cip-cip lain.
Cip Apple M1 ini diuji dari sebuah MacBook Air. Skor yang diperolehi adalah 1687 untuk teras tunggal, dan juga 7433 untuk multi-teras.

Jika dibuat perbandingan, skor ini adalah lebih pantas dari versi MacBook Pro 16 inci yang menggunakan cip Intel i9. Ini adalah sangat menggagumkan memandangkan MacBook Air yang berharga RM4,399 lebih pantas dari mesin yang berharga RM12K.


Tambah menarik lagi, tiada kipas pada MacBook Air terbaharu menjadikan komputer riba tersebut tidak sepatutnya mempunyai masalah untuk mengendalikan prestasi sepantas itu.
Namun begitu, bahagian GPU atau pemprosesan grafik masih lagi dimenangi oleh MacBook Pro 16 inci disebabkan ia adalah GPU berasingan dan bukannya terbina seperti dalam MacBook Air.
Selain mempunyai kelebihan dari segi kepantasan, cip Apple M1 turut mempunyai jangka hayat lebih lama, sistem lebih responsif, dan menawarkan pengaktifan operasi serta-merta seumpama telefon pintar.
Sumebr: Geekbench
Berkaitan
- 5 Sebab Kenapa Apple Selalu Lambat Perkenalkan Ciri-Ciri Menarik Yang Android Sudah Ada
- DJI Mavic Air 2 Dilancarkan - Kualiti Kamera Lebih Baik Serta Bateri Tahan Lebih Lama
- Eksekutif Apple, Phil Schiller Mengatakan Pelajar Tidak Akan Berjaya Jika Menggunakan Chromebook
- Hari Ini Sahaja - realme X3 SuperZoom Dijual Di Lazada Serendah RM1,399
- Huawei P30 Dan P30 Pro Diturunkan Harga - Bermula Pada RM1,999
- Belanjawan 2021: RM100 Juta Skim Pinjaman Komputer Riba Untuk Pelajar IPT
- Digi Tawar Langganan Amazon Prime Video Bermula RM14 Sebulan
- Bekas Jurutera Cip Apple Kini Bekerja Di Qualcomm Melalui Pemilikan Nuvia Pada $1.4 Billion
- Apple Kini Turut Menyumbang 20 Juta Topeng Muka Di Seluruh Dunia
- DJI Pocket 2 Dilancarkan Dengan Sensor Dan Audio Lebih Baik - Pra-Tempah Pada Harga Bermula RM1,549