Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini One UI 7 Akan Tersedia Di Malaysia Mulai 14 April

Kemas Kini One UI 7 Akan Tersedia Di Malaysia Mulai 14 April

Diterbitkan Mac 19, 2025 · Dikemas kini Mac 19, 2025 oleh Amalina Athman

Samsung kini mengumumkan bahawa pelancaran rasmi One UI 7 di Malaysia akan bermula pada 14 April 2025.

One UI 7 hadir dengan antara muka baharu yang direka khusus untuk kecerdasan buatan (AI), membolehkan pengguna berinteraksi dengan peranti Galaxy secara lebih semula jadi berbanding sebelum ini.

Antara ciri baharu yang diperkenalkan termasuk AI Select, Writing Assist, Drawing Assist, Audio Eraser serta integrasi Google Gemini.

Kemas Kini One UI 7 Akan Tersedia Di Malaysia Mulai 14 April

Selain itu, One UI 7 turut menampilkan Now Bar, yang menyediakan kemas kini masa nyata secara terus pada skrin kunci peranti.

Menurut Samsung, kemas kini One UI 7 akan tersedia terlebih dahulu untuk siri Galaxy S24, Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6, sebelum diperluaskan secara berperingkat kepada lebih banyak telefon pintar dan tablet Galaxy dalam minggu-minggu berikutnya.

Antara model lain yang bakal menerima kemas kini ini termasuk Galaxy S24 FE, siri Galaxy S23, Galaxy S23 FE, Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 serta siri Galaxy Tab S10 dan Galaxy Tab S9.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Samsung One UI 7 Beta Kini Tersedia, Ini Yang Baharu
  • Samsung Perincikan Ciri 'Now Bar' Dalam One UI 7
  • Samsung Galaxy S25 Perkenal Cara Baru Mengakses Gemini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY