One Plus 6 Disahkan Dengan Cip Snapdragon 845 Dan 8GB RAM

OnePlus satu jenama yang tidak memerlukan sebarang pengenalan lagi. Berbeza 4 tahun lepas semasa mereka mula memperkenalkan peranti pertama mereka, OnePlus One yang menarik perhatian orang ramai dengan spesifikasi yang hebat tetapi dengan harga yang sangat rendah.

Peminat mereka masih tertunggu-tunggu dengan apa yang OnePlus tawarkan tahun ini dan nampaknya, mereka telah mengesahkan spesifikasi yang akan hadir untuk peranti OnePlus 6 mereka tahun ini.



Menurut blog rasmi OnePlusperanti utama mereka dijangka akan menemui peminat pada bulan Jun atau Julai ini. Mereka menekankan aspek kepantasan, kestabilan dan effisien untuk peranti mereka kali ini. Cip pemprosesan yang digunakan juga adalah cip dari Qualcomm, Snapdragon 845 dan menyokong sehingga 8GB RAM dan 256GB ruang simpanan dalaman.

OnePlus komited untuk memberikan pengguna mereka pengalaman yang terbaik bukan sahaja dari segi perkakasan namun kelancaran menggunakan peranti ini nanti.