Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nvidia control panel

NVIDIA Tamatkan Control Panel Klasik Selepas 20 Tahun Berkhidmat

Diterbitkan Mei 28, 2026 oleh Amsyar Latif

NVIDIA mengumumkan bahawa aplikasi klasik NVIDIA Control Panel akan ditamatkan selepas 20 tahun berkhidmat.

Menurut kenyataan rasmi NVIDIA bersama pelancaran GeForce Game Ready Driver 610.47, Control Panel lama untuk pengguna GeForce (gaming) dan Studio Drivers tidak akan lagi menerima kemas kini, pembetulan pepijat atau ciri baharu.

Selepas 20 tahun perkhidmatan, Panel Kawalan NVIDIA klasik secara rasmi akan ditamatkan untuk Pemacu Sedia Permainan dan Studio. Bagi pengguna NVIDIA RTX PRO, Panel Kawalan NVIDIA akan terus disokong sehingga kami telah memindahkan ciri profesional ke aplikasi NVIDIA.

NVIDIA Tamatkan Control Panel Klasik Selepas 20 Tahun Berkhidmat
Aplikasi NVIDIA

Semua ciri utama Control Panel telah dipindahkan ke aplikasi baharu aplikasi NVIDIA. NVIDIA kini menggalakkan semua pengguna beralih ke aplikasi ini untuk pengalaman yang lebih moden, terintegrasi dan mudah digunakan.

Bagi pengguna profesional (RTX PRO), Control Panel masih akan disokong buat sementara waktu sehingga semua ciri profesional dipindahkan ke aplikasi NVIDIA.

NVIDIA Control Panel telah menjadi sebahagian penting daripada ekosistem NVIDIA sejak dilancarkan pada tahun 2005. Walaupun ramai pengguna lama menyukainya kerana antara muka yang ringkas, NVIDIA mahu menumpukan usaha ke arah satu aplikasi tunggal yang lebih berkuasa.

Pengguna yang masih mahu menggunakan Control Panel klasik boleh memasangnya melalui Microsoft Store, tetapi ia akan kekal dalam keadaan statik tanpa sebarang kemas kini masa depan.

Berkaitan

  • Nilai Nvidia Kini Melebihi Ekonomi Kebanyakan Negara
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Bos Nvidia Selar Tindakan CEO Guna AI Sebagai Alasan Berhentikan Pekerja

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
©2026 WISER.MY