Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP, Nvidia

Nilai Nvidia Kini Melebihi Ekonomi Kebanyakan Negara

Diterbitkan Mei 20, 2026 · Dikemas kini Mei 21, 2026 oleh ariff bukhari

Nvidia kini mencatat sejarah apabila mencapai penilaian pasaran sebanyak $5.5 trilion, menjadikannya lebih bernilai daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di semua negara di dunia, kecuali Amerika Syarikat dan China.

Malah Nvidia kini lebih bernilai daripada gabungan ekonomi tahunan UK, Perancis dan Jepun.

Syarikat yang dahulunya dikenali sebagai pengeluar cip grafik untuk permainan video bernilai $345 bilion pada 2021, kini berubah menjadi tulang belakang utama teknologi kecerdasan buatan generatif (AI).

Nilai Nvidia Kini Melebihi Ekonomi Kebanyakan Negara
Nilai pasaran Nvidia berbanding gergasi teknologi lain. Nvidia telah berjaya menambah lebih daripada $5 trilion dalam nilai pasaran hanya dalam tempoh lima tahun — keuntungan menghampiri 1,500%.

Cip Nvidia digunakan dalam model bahasa besar, sistem AI perusahaan, robotik, dan kenderaan autonomi.

Dalam tahun fiskal terkini, Nvidia merekodkan $216 bilion pendpatan dan $96.6 bilion aliran tunai bebas, dengan jangkaan Wall Street bahawa angka itu boleh melebihi $400 bilion dalam dua tahun akan datang.

Kejayaan ini menjadikan Nvidia aset kedua terbesar dunia selepas emas, mengatasi perak dan ekonomi negara maju seperti Jerman, Jepun, dan UK, walaupun menghadapi sekatan eksport cip AI ke China.

Tapi, jika Jika Nvidia mendapat semula pasaran China, ini bermakna, pendapatan syarikat itu boleh mencapai lebih jauh.

Ini kerana China mewakili kira-kira 20% hingga 25% daripada peluang pusat data Nvidia sebelum sekatan diperketatkan.

Transformasi Nvidia daripada syarikat bernilai $345 bilion pada 2021 kepada gergasi AI bernilai $5.5 trilion adalah salah satu kisah kejayaan paling dramatik dalam sejarah pasaran moden.

Nvidia telah menjadi lebih daripada sekadar syarikat semikonduktor. Ia kini merupakan tonggak teras ekonomi AI.

Berkaitan

  • NVIDIA Pintas Apple, Kini Syarikat Kedua Paling Bernilai Di Dunia
  • NVIDIA Kini Syarikat Paling Bernilai Di Dunia
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
©2026 WISER.MY