Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA RTX TITAN Sudah Mula Kelihatan Di Atas Talian

NVIDIA RTX TITAN Sudah Mula Kelihatan Di Atas Talian

Diterbitkan Disember 3, 2018 oleh Wiser MY

NVIDIA sudah memperkenalkan siri kad grafik untuk pengguna kebanyakkan mereka iaitu GeForce RTX. Kad yang dilengkapi dengan teknologi ray-tracing terbaru itu sudah mula sampai ke tangan pengguna dan beberapa berita kurang enak mengenainya sudah kedengaran. Tetapi itu tidak bermakna NVIDIA tidak akan meneruskan usaha mereka untuk memperkenalkan produk mereka yang lain.

Produk yang dimaksudkan adalah siri TITAN mereka. Siri yang mensasarkan pasaran HEDT (high end desktop) itu sudah mula kelihatan di atas talian terutamanya kepada Youtuber terkenal seperti Linus Tech Tips, JayzTwoCents dan Gavin Free. Mereka telah dibekalkan dengan unit kad grafik TITAN untuk ulasan awal.

NVIDIA RTX TITAN Sudah Mula Kelihatan Di Atas Talian

NVIDIA RTX TITAN Sudah Mula Kelihatan Di Atas Talian

NVIDIA RTX TITAN Sudah Mula Kelihatan Di Atas Talian

RTX TITAN bakal menggunakan senibina Turing yang terkini serta menghampiri spesifikasi seperti kad Quadro RTX yang menggunakan silikon TU102 tetapi mungkin dengan kapasiti memori yang lebih kecil.

Tidak ada tarikh rasmi mengenai pengenalan kad NVIDIA RTX kepada umum dan harga kad tersebut cuma jangkaan awal mengandaikan yang kad terbaru NVIDIA ini tidak akan datang dengan tag harga yang murah.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY