NVIDIA Mengacah Ultimate Countdown, Dijangka Akan Perkenal Kad Grafik Baru

NVIDIA mengacah satu kiriman di Twitter mengenai pengumuman misteri pada 31 Ogos ini. Pembuat kad grafik itu memberikan gambaran mengenai acara yang akan berlangsung dengan kapsyen "#UltimateCountdown" disertai muat naik video.

https://twitter.com/NVIDIAGeForce/status/1292808003897311232

Pada bahagian header akaun NVIDIA GeForce turut dimuat naik dengan imej yang menyebut mengenai "21 days. 21 years". Jika dikira, dalam masa 21 hari adalah bertarikh 31 Ogos.

Tarikh yang sama juga merupakan ulangtahun ke-21 kad grafik GeForce iaitu GeForce 256 yang diperkenal pada tahun 1999. Ia dilihat sebagai waktu yang sempurna untuk memperkenalkan produk baharu dalam barisan kad grafik GeForce.

Nvidia dijangka akan memperkenal siri kad RTX 3000 yang kemungkinan adalah GeForce RTX 3080 sebagai pengganti kepada RTX 2080.

Bagaimanapun, masih belum jelas apa yang akan diumumkan oleh NVIDIA tidak lama lagi. Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi dari NVIDIA.

Sumber: The Verge