Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelancaran Nvidia GeForce RTX 3070 Mengalami Kelewatan, Akan Tersedia Mulai 29 Oktober

Pelancaran Nvidia GeForce RTX 3070 Mengalami Kelewatan, Akan Tersedia Mulai 29 Oktober

Diterbitkan Oktober 3, 2020 oleh Amalina Athman

Nvidia kini mengumumkan pelancaran kad grafik GeForce RTX 3070 akan mengalami sedikit kelewatan dari tarikh asal yang dijadualkan. Sebelum ini, Nvidia telah mengalami masalah kekurangan stok selepas melancarkan GeForce RTX 3080 pada bulan lalu.

rtx 3070

Bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku pada RTX 3070, kad grafik ini akan dilancarkan pada 29 Oktober 2020. Menurut Nvidia,

“We know this may be disappointing to those eager to purchase a GeForce RTX 3070 as soon as possible, however this shift will help our global partners get more graphics cards into the hands of gamers on launch day.”

Mengimbas kembali, RTX 3070 merupakan kad grafik paling mampu milik dalam siri RTX 30 dengan purata 60% lebih pantas berbanding RTX 2070. Ia hadir dengan memori 8GB GDDR6.

Menurut Nvidia, kad grafik ini sesuai dimainkan untuk permainan grafik pada resolusi 4K dan juga 1440p. Secara keseluruhan, Nvidia turut mendakwa ia lebih berkuasa dari RTX 2080 Ti, iaitu kad grafik paling mahal untuk siri Turing tahun lepas.

jualan GeForce RTX 3070

Nvidia GeForce RTX dijual pada harga bermula RM2,399 dan akan tersedia mulai 29 Oktober nanti. Untuk maklumat lanjut, layari laman Nvidia Malaysia.

Sumber: Nvidia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY