
Jika RTX 3080 hanya dimuatkan dengan memori 10GB G6X, RTX 3090 hadir dengan memori yang lebih besar sebanyak 24GB G6X. Kad grafik ini mempunyai keupayaan untuk memainkan permainan 60fps pada resolusi 8K.
RTX 3090 adalah berasaskan seni bina GPU Nvidia Ampere, dimana ia menawarkan beberapa peningkatan prestasi untuk permainan PC dan ray tracing. Nvidia menyatakan RTX 3090 adalah “world’s first 8K gaming GPU” dengan sokongan 8K HDR ShadowPlay, HDMI 2.1 dan sebagainya.

Nvidia melabelkan RTX 3090 sebagai Big Ferocious GPU (BFGPU). Kad ini akan menempatkan tiga slot termasuk silencer untuk menjadikannya 10 kali lebih senyap berbanding kad grafik Titan RTX sedia ada. Nvidia mengatakan RTX 3090 juga akan dipertingkatkan sehingga 50% lebih pantas berbanding Titan RTX.
RTX 3090 akan dijual bermula 24 September 2020 melalui NVIDIA dan rakan jualan dengan harga $1,499 iaitu sekitar RM6210.
Sumber: Nvidia
Berkaitan
- Sony Xperia 1 II Akan Dilancarkan Di Malaysia November Ini
- Kini Anda Boleh Gunakan Fungsi DM Di Instagram Web
- Inisiatif RM30 e-Tunai Rakyat - eWallet Mana Lebih Berbaloi?
- Axiom Space Dengan Kerjasama SpaceX Akan Bawa 3 "Pelancong" Ke Angkasa
- Pasukan Penyelidik Diketuai Malaysia Hasilkan Platform Sehenti Covid-19, Terima Pengiktirafan WHO
- Video Acah Galaxy Unpacked Sahkan 5 Produk Yang Akan Dilancar 5 Ogos Nanti
- Katalog Apple Music Kini Mempunyai 100 Juta Lagu
- Spotify Pet Playlists - Senarai Main Untuk Kucing, Burung, Hamster, Anjing Atau Iguana
- K-KOMM Sedang Tinjau Kaedah Negara Jiran Untuk Kurangkan Mangsa 'Scammer'
- MCMC: Guna Peruntukan 1GB Data Percuma Sebaiknya Untuk PdPR