Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA henti RTX 2080

NVIDIA Dilapor Akan Menghentikan Pengeluaran Siri Grafik RTX 20

Diterbitkan Julai 13, 2020 ยท Dikemas kini Julai 13, 2020 oleh Amalina Athman

Berdasarkan laporan, NVIDIA dijangka akan menghentikan pengeluaran beberapa siri model grafik GeForce RTX 20. Antara model tersebut adalah RTX 2070, RTX 2070 Super, RTX 2080 dan RTX 2080 Ti.

NVIDIA Dilapor Akan Menghentikan Pengeluaran Siri Grafik RTX 20

Siri SUPER yang telah dilancarkan pada tahun lalu juga dimasukkan dalam senarai penamatan pengeluaran itu. Ini mungkin dapat mengesahkan NVIDIA dalam perancangan untuk memperkenalkan lebih daripada satu kad grafik baharu.

NVIDIA Dilapor Akan Menghentikan Pengeluaran Siri Grafik RTX 20

Terdapat perkhabaran yang menyatakan NVIDIA kemungkinan akan melancarkan siri grafik GeForce RTX 30 ‘Ampere’ pada 17 September ini. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan mengenainya.

Dalam pada itu, kad grafik high-end NVIDIA dijangka akan mengalami kekurangan disebabkan output yang tidak mencukupi. Berdasarkan laporan, NVIDIA telah menghantar notis kepada rakan niaga Add-in-Card (AICs).

Menurut maklumat itu, NVIDIA menjangkakan kenaikan harga berikutan peningkatan permintaan dan kekurangan bekalan cip untuk kad grafik mereka.

Sumber: ITHomes via VideoCardz

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY